ISTIMEWANYA SSPN-i PLUS
7 sebab kenapa saya sangat tertarik dengan skim SSPN-i Plus
Simpanan pendidikan… satu instrumen kewangan yang pada aku amat perlu. Wajib ibubapa menyediakan simpanan pendidikan untuk anaknya untuk kemudahan pembelajaran anak suatu masa nanti. Perlu diingat kos pendidikan di masa depan lebih tinggi berbanding sekarang. Ini kerana adanya faktor inflasi. Jadi persediaan daripada sekarang adalah satu langkah yang amat bijak.
Manfaat Takaful bagi kematian / ilat kekal (kemalangan) sehingga RM1 juta
Tiada pemeriksaan kesihatan
Khairat Kematian termasuk pasangan dan 3 orang anak
manfaat takaful bagi 36 jenis penyakit kritikal
elaun kemasukan hospital
perlindungan kemalangan peribadi 24 jam di seluruh dunia
Manfaat takaful ini kalau kita sertai pelan takaful biasa mau cecah RM100,000 lebih aku rasa. Jadi ini sebagai kelebihan terbesar sebenarnya buat simpanan ini.
Simpanan vs pelaburan. Biasanya oleh kerana simpanan ini hampir tiada risikonya, pulangannya adalah agak rendah. Objektif pelan simpanan adalah untuk mengasingkan dan mengumpulkan duit sahaja. Contoh simpanan biasa adalah seperti akaun simpanan di bank. Pulangan ada tapi sangat sedikit.
Pulangan (dividen) yang tinggi amat penting untuk memastikan jumlah yang kita kehendaki semasa anak ingin melanjutkan pelajaran nanti cepat tercapai. Semakin tinggi pulangan, semakin cepat objektif pelaburan kita tercapai.
Contoh:
Dividen: 4%
Kadar inflasi: 3%
Pulangan sebenar: 1%
Berdasarkan contoh di atas, nilai duit kita sebenarnya bertambah. Tetapi kadar pertambahannya amat perlahan iaitu hanya 1%. Ia memang tidak dapat dipadankan dengan kos pendidikan yang meroket. Inflasi di bidang pendidikan adalah lebih besar daripada inflasi negara secara umum.
Jadi, pilihlah instrumen kewangan yang lebih tinggi kadar pulangannya dengan mengambil kira juga faktor risiko pelaburan yang tidak tinggi.
Untuk yang menyertai skim simpanan ini anda layak untuk mendapat pelepasan cukai sehingga RM12K setahun bergantung kepada pakej yang anda pilih. Ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban cukai pendapatan individu anda.
Jika untuk menyertai simpanan lain anda perlu ke pejabat, beratur panjang untuk mengisi borang pendaftaran, simpanan ini sangat mudah. Anda tidak perlu lalui semua itu. Segalanya di hujung jari.
Pendaftaran boleh dibuat secara online.
Hanya layari: http://tinyurl.com/z36jy66 dan daftar dari website SSPN-i Plus dan buat simpanan. Terus anda ada akaun dengan SSPN-i Plus. Mudah bukan?
Ataupun layari mana-mana laman sesawang ataupun blog ejen online PTPTN, klik link daripada situ dan buat pendaftaran. Malah anda juga boleh mendaftar sebagai ejen online PTPTN. Hasil yang diperolehi nanti boleh lah digunakan untuk menambah simpanan bulanan pelan penididikan anak.Apa itu Ejen Online PTPTN ?
Ejen Online PTPTN adalah ejen berdaftar dengan PTPTN yang memasarkan SSPN-i Plus secara online atau secara bersemuka (EPO sahaja) dan layak diberi komisen pada kadar ditetapkan bagi setiap transaksi pembukaan akaun baharu SSPN-i Plus dan penambahan deposit yang berjaya (EPO sahaja).
Pendaftaran Ejen Online PTPTN terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas.
Penyertaan adalah PERCUMA.
Dua (2) Kategori Ejen Online PTPTN
Rakan Niaga Affiliate (RNA) adalah Ejen Online PTPTN yang memasarkan produk SSPN-i Plus secara online sahaja.
Ejen Pemasaran Online (EPO) ialah ejen yang dinaiktaraf dari RNA setelah menghadiri kursus yang dianjurkan oleh PTPTN. EPO akan memasarkan produk SSPN-i Plus secara online dan bersemuka.
Kelebihan Ejen Online PTPTN
1. Komisen Lumayan
2. Pendapatan Tanpa Had dan Berterusan
3. Tanpa Modal Perniagaan
4. Waktu Kerja Fleksibel
5. Mudah
6. Latihan/ Bimbingan Diberikan
7. Sokongan Pemasaran Berterusan
8. Pasaran Luas Tanpa Sempadan
9. Tidak Melibatkan Transaksi Tunai
10. Menggalakkan Masyarakat Menabung
11. Produk Patuh Syariah
12. Jenama Yang Dipercayai
EPO ini memberi peluang kepada orang ramai untuk menambahkan pendapatan mereka. Hanya dapatkan link unik sendiri dan mula mempromosikan di dalam blog, emel maupun media sosial. Jika kena pada caranya, income daripada EPO ini boleh jadi lumayan.
Ini pun membuatkan aku tertarik nak buat simpanan tambahan untuk anak aku. Cabutan Bertuah Wow! SSPN-i Plus!!
Sempena tahun pertama pelancaran skim simpanan ini, pendeposit yang membuat simpanan serendah RM50 telah memenangi hadiah utama iaitu sebuah apartmen yang bernilai hampir rm500K di Lembah Kelang.
Peluang untuk memenangi hadiah yang disebutkan tadi masih terbuka kepada yang masih belum bernasib baik. Cabutan bertuah fasa kedua akan berakhir pada 30 June 2017. Ada 3 cabutan suku tahun dan satu untuk cabutan tahunan. Masih ada masa untuk sertai simpanan ini dan menang hadiah yang disebutkan. Jom…! bertindak pantas!
Segala perjalanan simpanan dan pelaburan skim simpanan ini dikawal selia oleh badan penasihat syariah. Jadi perkara yang lazim terjadi di dalam muamalah sebegini seperti gharar (ketidaktentuan), Maisir (unsur judi) dan riba’ dijamin tidak berlaku.
No comments:
Post a Comment